Tuesday, January 7, 2014

Resepi Russian Black & White Kek

Ok....seperti yang saya janjikan..untuk entry kali ini ana akan sertakan bersama resepi kek yang telah berjaya ana buat...Resei ni ana ikut sama mcm resepi asal ana ambk dr blog kak Azlita (saya mintak permission ye kak kongsi resepi akak ni dalam blog sy..hehehe).. 

Selamat mencuba

Resepi Kek Russian Black & White


Kek Coklat Lembap

Bahan A
300gm tepung gandum
100gm serbuk koko
1 sd teh serbuk penaik (baking powder)
1 sd teh soda bikarbonat
*Satukan semua bahan. Kemudian ayak dan ketepikan.

Bahan B
3 biji telur saiz A
400 gm gula castor
1sd teh esen vanila

Bahan C
250ml susu cair
250ml minyak jagung/minyak masak

Bahan D
250ml air panas

Cara-cara:-

Satukan semua bahan B dan pukul hingga putih dan gebu.
Masukkan minyak jagung dan susu cair. kalau nak lagi moist letak 2 sudu susu pekat.(ni ana tak letak.Terpulang pada anda)
Pukul hingga sebati
Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi perlahan2 dan kaup balik adunan dengan spatula.
Masukkan air panas dan gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
Bakar adunan dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 170C.
Bakar adunan selama 1 jam atau sehingga 11/2jam bergantung pada suhu ketuhar (bakar sehingga kek masak la)
Cucuk tengah kek dengan lidi bersih, kalau lidi kuar bersih dh masak la kek tu. Kalau belum, tambah lagi masa membakar.
Sejukkan kek yang telah masak atas redai.

Krim Keju Mocha

Bahan A
12gm halal gelatin
60gm air

Bahan B
400gm cream cheese
2sd the nescafe segera – boleh ganti dengan mocha essence
60gm gula icing

Bahan C
300gm Krim putar bukan tenusu

Cara-cara :-

Mula2 cairkan gelatin dulu.
Satukan gelatin dalam air dan cairkan menggunaan kaedah kukusan sehingga gelatin cair.
Satukan bahan B dan pukul hingga lembut.
Masukkan gelatin dan pukul hingga licin.
Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga kental.
Kaup balik krim putar kedalam cream cheese sehingga sebati.
Masukkan dalam pipping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.


Chocolate Ganache

Bahan A
250ml krim putar tenusu
40gm sirap glukos – ada dijual di kedai bakeri.

Bahan B
400gm coklat masak gelap
30gm mentega
Cara-cara :-

Coklat masak dicincang halus
Satukan krim putar dan sirap glukos, didihkan hingga timbul buih2 di tepi periuk.
Tuangkan krim putar yang dididihkan tadi kedalam bekas coklat dan biarkan coklat cair. Gaul rata.
Masukkan mentega dan gaul sempurna.
Sejukkan dan masukkan dalam pipping bag, simpan dalam peti.

Sirap Nescafe
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
Satukan semua bahan dan kacau rata


Cara-Cara Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek dan simpan sebentar dalam peti ais.
Kemudian salutkan kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan coklat Garnache dan cairkan semula dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Biarkan sebentar
Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Hias kek mengikut kreativiti.

Selamat mencuba.. Ini kek yang telah berjaya ana buat...cubaan pertama lepas dpt resepi ni dr blog ka ita dan buat untuk besday anak sedara.. Walaupun nak buat kek ni byk step, tapi memang berbaloi hasilnye...

 
Yang excited nk potong si kecik, bergini la rupanyer.....











Friday, January 3, 2014

Assalamualaikum  dan Selamat Tahun Baru...

Welcome 2014..
Waaa....dah bersawang dah blog aku ni rasanya..lama saangat aku x update...
Azam tahun 2014 ni, nak merajinkan diri utk selalu update blog ni...InsyaAllah..
Nak masuk tahun 2014 ni aku rasa aku banyak plak buat kek..rasa seronok and teruja sangat nk buat lagi2 la bila tgk gambar kek tu mcm sedap jer... Ni nak kongsi antara kek yang berjaya aku buat dan thank a lot untuk tuan punya page AZLITA sebab share banyak resepi yang sedap2 and senang nk di buat..
Thanks a lot kak Azlita...semoga mendapat rahmat dariNYA...

Ni rupa kek yang masih sempurna...
Kek Birthday Qausar..anak adik.Dah 2 tahun umurnya...
Selepas itu.......
Dah tinggal suku....hehehe..

Itulah first kek aku buat untuk tahun 2014.....sebelum ni pun aku buat kek yang sama untuk anniversary aku...kek ni memang sedap walaupun heavy skit..so adik pun request suh buat kek yang sama untuk besday anak dia ni...dan alhamdulillah aku berjaya membuatnye...yeay.....


Malam tadi plak tak boleh nk tido...almaklumlah...perut dah kekenyangan sangat kan...dok pikir nak buat apa malam2 ni xboleh nk tido ni..Nak tgk bola, xde match plak..belek2 phone teringat plak akak opis ni yang teringin nak makan kek keramel..buka2 kitab dari blog kak azlita..try la buat kek tu... Risau gak nk buat kek ni..sebab takut xjadi.. So, ikut petua kak azlita sepanjang buat kek aku dok baca bismillah and mintak2 jadi la kek aku.... 

Dan hasilnye.....
Rupa kek dari atas..

Ni pandangan sisi.


Haaa...inilah hasilnye aku susah nk tido malam tadi...Jadi pun..Alhamdulillah... Excited pagi2 potong dan bawak opis.... Harap kak asfa puas hati...hehehehe... Kak asfa ni geng aku menanam pokok..minat kami sama..suka gardening...

Next entry aku akan cerita pasal cara @ resepi nk buat kek2 ni dan sedikit pasal gardening....

Jumpa lagi lain kali...bye..